09 May 2011
05 May 2011
4 MEI 2011-HARI KEMUNCAK SUKAN TAHUNAN SKSS1
Pada tahun ini rumah sukan PUTRA (merah) menjadi juara keseluruhan diikuti rumah Jingga, Hijau, Pink, Biru dan Kuning. Bagi perbarisan terbaik pula dimenangi pasukan kuning (PERDANA). Tahniah kepada mereka yang berjaya dan cuba lagi bagi mereka yang gagal. Usaha tangga kejayaan.
03 May 2011
HARI KEDUA 3 MEI 2011 - ACARA PADANG DAN BALAPAN (SARINGAN & AKHIR)
02 May 2011
HARI PERTAMA 2 MEI 2011- ACARA SUKANEKA THN 2&3
28 April 2011
24 April 2011
PESTA BUKU DAN MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH 2011
IN HOUSE TRAINING (SABTU-23 APRIL 2011)
KURSUS POWERPOINT
TAKLIMAT KSSR
Kursus berjalan dengan lancar. Taklimat KSSR disampaikan oleh cikgu Zaidi manakala kursus powerpoint pula oleh En.Ahmad Zubaidillah (peg.PPDTM). Kehadiran amat menggalakkan. Cuma beberapa orang guru tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat agong KGMK di SMK Tanah Merah 1 pada hari tersebut.
18 April 2011
PERTANDINGAN KELAS TERBERSIH MINGGU LEPAS(10-14APR2011)
17 April 2011
APA SUDAH JADI DISIPLIN PELAJAR HARI INI?
TERDETIK di hati saya untuk menyuarakan pendapat mengenai keganasan pelajar sekolah di negara kita pada masa sekarang. Terlalu banyak yang berlaku hingga ada kala membimbangkan kerana saya juga seorang guru.
Tindakan pelajar menumbuk sehingga mencederakan guru, menyerang rakan sekolah lain seperti samseng, bergaduh di dalam kelas dan banyak lagi perkara yang kita tidak sanggup dengar kini semakin menjadi-jadi.
Pada zaman kita bersekolah dulu, tidak pernah kedengaran masalah disiplin melampau seperti ini.
Kita juga nakal, tetapi masih menghormati dan takut dengan guru. Kita dirotan, ditampar, dicubit, didenda dan pelbagai hukuman diterima tanpa ada bantahan atau perasaan dendam terhadap guru. Jika kita mengadu kepada ibu bapa, mereka pula yang meminta supaya hukuman itu ditambah. Berbeza dengan sekarang, ibubapa cepat naik angin dan dengan melulu menyalah dan mempersoalkan tindakan atau cara guru mendidik anak-anak mereka di sekolah. Ditegur susah, dihukum marah, SIAPA NAK BELA KITA BILA TERCETUS MASALAH? SENDIRILAH TANGGUNG.. JAWABNYA. APA KOMEN ANDA???
13 April 2011
LATIHAN RUMAH SUKAN
Murid-murid sesi petang sedang berlatih acara balapan
Latihan rumah sukan giat dijalankan pada sebelah petang oleh peserta rumah-rumah sukan yang bertanding WIRA(BIRU),PUTRA(MERAH),PERDANA(KUNING),WAJA(HIJAU),KENARI(PINK) DAN KELISA(JINGGA). Sukan tahunan Sk.Sri Suria 1 akan diadakan pada 2,3 dan 4 Mei 2011. Selamat berlatih bersungguh-sungguh. Semoga anda terpilih mewakili rumah sukan anda.
SATU MURID SATU SUKAN.
01 April 2011
ACARA LARIAN MERENTAS DESA (31 MAC 2011)
Murid-murid memulakan larian
Para hakim bersedia untuk mengadili para pemenang
Sk.Sri Suria (1) telah mengadakan acara larian merentas desa pada 31 Mac 2011 (Khamis) lalu bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Semua murid SKSS1 mengambil bahagian kecuali murid tahun satu dan pra-sekolah. Ianya berlangsung dalam suasana yang meriah. Kategori yang dipertandingkan ialah mengikut tahun dan setiap kategori menyediakan seramai 20 orang pemenang. Tahniah kepada mereka yang berjaya dan terima kasih kepada guru-guru bertugas serta anggota-anggota PDRM yang banyak membantu mengawal keselamatan jalanraya semasa acara tersebut berjalan.
29 March 2011
KEJOHANAN BOLASEPAK PPDTM 2011
Pasukan Bola Sepak Sk.Sri Suria (1) berjaya merangkul Naib Johan Bolasepak Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Tanah Merah 2011, yang berlangsung di Sk Tebing Tinggi semalam. Tahniah diucapkan kepada pemain, jurulatih dan pengurus pasukan.
28 March 2011
Nilai seorang yang bernama SAHABAT..
Seorang sahabat tahu kelemahan kita, tapi dia sentiasa menguatkan kita.
Seorang sahabat tahu kekhuatiran kita, tapi dia sentiasa menenangkan kita.
Seorang sahabat tahu kegembiraan kita, dan dia mampu tersenyum gembira bersama.
Seorang sahabat tahu kedukaan kita, dan dia mampu mencari penawarnya.
Seorang sahabat peka dengan perasaan kita, di setiap saat dan ketika.
Seorang sahabat menerima kita seadanya di kala orang lain memandang jelek terhadap kita.
Seorang sahabat tahu menilai kita, yang mana kaca dan yang mana permata.
Seorang sahabat dapat membaca hati kita, walau ia tertutup rapat serapatnya.
Seorang sahabat mampu mendidik kita lebih baik dari guru terhebat di dunia.
Seorang sahabat mampu memberikan yang terbaik di kala kita memberikan yang terburuk.
Seorang sahabat mampu memahami kita, lebih dari seisi dunia.
Seorang sahabat mampu berkongsi tangisan kita, walau di saat dia paling bahagia.
Seorang sahabat mampu melindungi kita, walau terkorban dirinya.
Seorang sahabat adalah pembimbing, pendidik, teman, kawan, rakan, kenalan, dan bisa juga dijadikan keluarga.
Seorang sahabat tidak mengharapkan apa-apa. Memberi tanpa meminta balasannya.

04 March 2011
Panorama Sesi Petang Sk.Sri Suria 1
Murid-murid sesi petang Sk.Sri Suria 1 sedang melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani di Padang
Murid-murid petang sedang menunaikan solat asar berjemaah di Surau Sekolah
Murid-murid Sk.Sri Suria 1 menjalani latihan Seni Silat Gayong setiap hari khamis di padang sekolah
20 February 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)