28 April 2011
24 April 2011
PESTA BUKU DAN MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH 2011
IN HOUSE TRAINING (SABTU-23 APRIL 2011)
KURSUS POWERPOINT
TAKLIMAT KSSR
Kursus berjalan dengan lancar. Taklimat KSSR disampaikan oleh cikgu Zaidi manakala kursus powerpoint pula oleh En.Ahmad Zubaidillah (peg.PPDTM). Kehadiran amat menggalakkan. Cuma beberapa orang guru tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat agong KGMK di SMK Tanah Merah 1 pada hari tersebut.
18 April 2011
PERTANDINGAN KELAS TERBERSIH MINGGU LEPAS(10-14APR2011)
17 April 2011
APA SUDAH JADI DISIPLIN PELAJAR HARI INI?
TERDETIK di hati saya untuk menyuarakan pendapat mengenai keganasan pelajar sekolah di negara kita pada masa sekarang. Terlalu banyak yang berlaku hingga ada kala membimbangkan kerana saya juga seorang guru.
Tindakan pelajar menumbuk sehingga mencederakan guru, menyerang rakan sekolah lain seperti samseng, bergaduh di dalam kelas dan banyak lagi perkara yang kita tidak sanggup dengar kini semakin menjadi-jadi.
Pada zaman kita bersekolah dulu, tidak pernah kedengaran masalah disiplin melampau seperti ini.
Kita juga nakal, tetapi masih menghormati dan takut dengan guru. Kita dirotan, ditampar, dicubit, didenda dan pelbagai hukuman diterima tanpa ada bantahan atau perasaan dendam terhadap guru. Jika kita mengadu kepada ibu bapa, mereka pula yang meminta supaya hukuman itu ditambah. Berbeza dengan sekarang, ibubapa cepat naik angin dan dengan melulu menyalah dan mempersoalkan tindakan atau cara guru mendidik anak-anak mereka di sekolah. Ditegur susah, dihukum marah, SIAPA NAK BELA KITA BILA TERCETUS MASALAH? SENDIRILAH TANGGUNG.. JAWABNYA. APA KOMEN ANDA???
13 April 2011
LATIHAN RUMAH SUKAN
Murid-murid sesi petang sedang berlatih acara balapan
Latihan rumah sukan giat dijalankan pada sebelah petang oleh peserta rumah-rumah sukan yang bertanding WIRA(BIRU),PUTRA(MERAH),PERDANA(KUNING),WAJA(HIJAU),KENARI(PINK) DAN KELISA(JINGGA). Sukan tahunan Sk.Sri Suria 1 akan diadakan pada 2,3 dan 4 Mei 2011. Selamat berlatih bersungguh-sungguh. Semoga anda terpilih mewakili rumah sukan anda.
SATU MURID SATU SUKAN.
01 April 2011
ACARA LARIAN MERENTAS DESA (31 MAC 2011)
Murid-murid memulakan larian
Para hakim bersedia untuk mengadili para pemenang
Sk.Sri Suria (1) telah mengadakan acara larian merentas desa pada 31 Mac 2011 (Khamis) lalu bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Semua murid SKSS1 mengambil bahagian kecuali murid tahun satu dan pra-sekolah. Ianya berlangsung dalam suasana yang meriah. Kategori yang dipertandingkan ialah mengikut tahun dan setiap kategori menyediakan seramai 20 orang pemenang. Tahniah kepada mereka yang berjaya dan terima kasih kepada guru-guru bertugas serta anggota-anggota PDRM yang banyak membantu mengawal keselamatan jalanraya semasa acara tersebut berjalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)