29 March 2011

KEJOHANAN BOLASEPAK PPDTM 2011


Pasukan Bola Sepak Sk.Sri Suria (1) berjaya merangkul  Naib Johan Bolasepak Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Tanah Merah 2011, yang berlangsung di Sk Tebing Tinggi semalam. Tahniah diucapkan kepada pemain, jurulatih dan pengurus pasukan.

28 March 2011

Nilai seorang yang bernama SAHABAT..




Seorang sahabat tahu kelemahan kita, tapi dia sentiasa menguatkan kita.

Seorang sahabat tahu kekhuatiran kita, tapi dia sentiasa menenangkan kita.

Seorang sahabat tahu kegembiraan kita, dan dia mampu tersenyum gembira bersama.

Seorang sahabat tahu kedukaan kita, dan dia mampu mencari penawarnya.

Seorang sahabat peka dengan perasaan kita, di setiap saat dan ketika.

Seorang sahabat menerima kita seadanya di kala orang lain memandang jelek terhadap kita.

Seorang sahabat tahu menilai kita, yang mana kaca dan yang mana permata.

Seorang sahabat dapat membaca hati kita, walau ia tertutup rapat serapatnya.

Seorang sahabat mampu mendidik kita lebih baik dari guru terhebat di dunia.

Seorang sahabat mampu memberikan yang terbaik di kala kita memberikan yang terburuk.

Seorang sahabat mampu memahami kita, lebih dari seisi dunia.

Seorang sahabat mampu berkongsi tangisan kita, walau di saat dia paling bahagia.

Seorang sahabat mampu melindungi kita, walau terkorban dirinya.

Seorang sahabat adalah pembimbing, pendidik, teman, kawan, rakan, kenalan, dan bisa juga dijadikan keluarga.

Seorang sahabat tidak mengharapkan apa-apa. Memberi tanpa meminta balasannya.

04 March 2011

Panorama Sesi Petang Sk.Sri Suria 1


Murid-murid sesi petang Sk.Sri Suria 1 sedang melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani di Padang



Murid-murid petang sedang menunaikan solat asar berjemaah di Surau Sekolah





Murid-murid Sk.Sri Suria 1 menjalani latihan Seni Silat Gayong  setiap hari khamis di padang sekolah