17 April 2011

APA SUDAH JADI DISIPLIN PELAJAR HARI INI?



TERDETIK di hati saya untuk menyuarakan pendapat mengenai keganasan pelajar sekolah di negara kita pada masa sekarang. Terlalu banyak yang berlaku hingga ada kala membimbangkan kerana saya juga seorang guru.
Tindakan pelajar menumbuk sehingga mencederakan guru, menyerang rakan sekolah lain seperti samseng, bergaduh di dalam kelas dan banyak lagi perkara yang kita tidak sanggup dengar kini semakin menjadi-jadi.
Pada zaman kita bersekolah dulu, tidak pernah kedengaran masalah disiplin melampau seperti ini.
Kita juga nakal, tetapi masih menghormati dan takut dengan guru. Kita dirotan, ditampar, dicubit, didenda dan pelbagai hukuman diterima tanpa ada bantahan atau perasaan dendam terhadap guru. Jika kita mengadu kepada ibu bapa, mereka pula yang meminta supaya hukuman itu ditambah. Berbeza dengan sekarang, ibubapa cepat naik angin dan dengan melulu menyalah dan mempersoalkan tindakan atau cara guru mendidik anak-anak mereka di sekolah. Ditegur susah, dihukum marah, SIAPA NAK BELA KITA BILA TERCETUS MASALAH? SENDIRILAH TANGGUNG.. JAWABNYA. APA KOMEN ANDA???

No comments:

Post a Comment